Dengan bekerja tekun dan bekerjasama di-antara ra'ayat maka dalam masa yang singkat neschaya terchapai maksud yang kita tujukan. Mithal-nya sa-buah titi tidak dapat di-buat oleh sa-orang sa-haja untok menyeberangi sungai, melainkan dengan kerjasama ra'ayat. Sa-andai-nya kamu dapat ber-buat demikian, kamu akan menjadi ra'ayat yang akan ber-jasa terhadap nusa dan bangsa-nya.

Go Premium

Support Quotewise while enjoying an ad-free experience and premium features.

View Plans
Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu agama dan perkauman. Inilah yang membuatkan keresahan dan kucar-kacir di dalam masyarakat yang mungkin hanya menjadi pengikut yang tidak langsung faham isu yang diapi-apikan itu

Share Your Favorite Quotes

Know a quote that's missing? Help grow our collection.

Sebagai seorang raja yang diberi peluang usia dan pengalaman, yang begitu lama, sejak sebelum negara meraih kemerdekaan sehinggalah kini, pada hemah beta, ada satu perkara yang amat berharga kepada negara ini dan tidak boleh dijual beli yakni perpaduan.

.مك بيت جوڬ سوكا مڠمبيل كسمفاتن اين انتوق برافرار بهوا بيت اكن برسوڠڬوه٢ منجالن دان ملقسناكن توڬس٢ يڠبرت يڠتله دلتقكن دأتس باهو بيت سباڬي يڠدفرتوان اڬوڠ

Dengan izin Allah SWT, beta telah bersemayam di takhta selama 57 tahun. Walaupun pelbagai peristiwa beta saksi sepanjang pemerintahan, beta tidak pernah berasa begini bimbang dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin rapuh. … Jika rakyat cintakan keamanan dan kedamaian seperti beta, maka gunakanlah kebebasan dan hak bersama ini dengan berhemah.