Maka oleh yang demikian beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.

Unlimited Quote Collections

Organize your favorite quotes without limits. Create themed collections for every occasion with Premium.

Translation: Now therefore I, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, with this proclaim that I today had held the position of the Yang di-Pertuan Agong and had took oath required by Article 37 of the Federal Constitution with the step prescribed by the Article.

Share Your Favorite Quotes

Know a quote that's missing? Help grow our collection.

Sa-kira-nya dalam menjalankan tugas beta yang baharu ini, beta membawa sifat2 serba kekurangan dalam kebijaksanaan dan pengalaman yang menjadi sifat orang muda, maka beta akan menchuba menggantikan serba kekurangan itu dengan semangat bersungguh2 untok membuat bakti.

Dengan izin Allah SWT, beta telah bersemayam di takhta selama 57 tahun. Walaupun pelbagai peristiwa beta saksi sepanjang pemerintahan, beta tidak pernah berasa begini bimbang dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin rapuh. … Jika rakyat cintakan keamanan dan kedamaian seperti beta, maka gunakanlah kebebasan dan hak bersama ini dengan berhemah.

.مك بيت جوڬ سوكا مڠمبيل كسمفاتن اين انتوق برافرار بهوا بيت اكن برسوڠڬوه٢ منجالن دان ملقسناكن توڬس٢ يڠبرت يڠتله دلتقكن دأتس باهو بيت سباڬي يڠدفرتوان اڬوڠ

Dengan bekerja tekun dan bekerjasama di-antara ra'ayat maka dalam masa yang singkat neschaya terchapai maksud yang kita tujukan. Mithal-nya sa-buah titi tidak dapat di-buat oleh sa-orang sa-haja untok menyeberangi sungai, melainkan dengan kerjasama ra'ayat. Sa-andai-nya kamu dapat ber-buat demikian, kamu akan menjadi ra'ayat yang akan ber-jasa terhadap nusa dan bangsa-nya.